Pages

Throwback Trip ke Bangkok 2015

Assalamualaikum!

     Bersempena untuk meraikan kembalinya saya aktif dalam dunia blog ni, saya nak share tentang pengalaman saya sepanjang trip ke Bangkok pada awal bulan Jun tahun lepas (2015).

      Tujuan saya ke Bangkok adalah untuk mengikuti satu event terbesar Herbalife iaitu Extravaganza. Pada awalnya, saya langsung tidak terfikir untuk ke sana. Yelah. Saya pun baru dua bulan buat keputusan untuk serius buat business ni. Dengan pengalamannya takde, ilmu pun takde, tambah2 lagi diri ni tak pernah jejak kaki keluar dari negara Malaysia ni, seriously, memang langsung tak terfikir untuk ikut serta dalam event tersebut.

      Tapi entah macam mana, dalam tempoh sebulan sebelum event tu,  coach tercinta saya menawarkan kepada saya untuk join jugak event tersebut. Kebetulan salah seorang coach dari team kami memerlukan seorang teman untuk pergi dan tinggal bersamanya kerana suaminya tak dapat turut serta. Tambahan lagi beliau ada anak kecil yang perlu dibawa bersama. Setelah berkira-kira, saya membuat keputusan untuk pergi. Dengan syarat just for learning only. Bukan untuk enjoy habiskan duit ke mana-mana. Coach saya tak kisah. As long as saya dapat pergi untuk dapatkan ilmu yang lebih banyak tentang business dan nutrition. Rugi katanya kalau tak belajar dengan orang-orang hebat kat sana.

      Maka bermulalah kisah persiapan perjalanan saya ke Bangkok. Everything was done within a short time. Nama pun tak rancang. Jadi, semua benda yang perlu diselesaikan tu dibuat dalam masa tiga minggu sebelum tarikh berlepas ke Bangkok. Mula-mula kira bajet dulu. Berapa nak kena pakai untuk passport, tiket flight, hotel dan duit belanja kat sana. Lepas tu, kena campur sekali tambang dari Gombak ke KLIA dan tambang dari Gombak ke Besut, Terengganu sebab plannya nak terus balik kampung lepas balik dari Bangkok tu.

Secara roughly, ni total expenses:

PERKARA RM
Passport 200
Tiket Flight (Return) 380
Hotel (5 hari 4 malam) 270
Tambang bas dr KL Sentral ke KLIA (return) 20
Tambang LRT dari Gombak ke KL Sentral (return) 10
Tambang bas dari UIA ke LRT Gombak (return) 2
Exchange ke THB (850 THB) 100
JUMLAH 982

     Al-kisahnya, flight ke Bangkok yg dah dibook sepatutnya berlepas pukul 10 malam. Tapi kitorang buat go show untuk awalkan flight tapi saya dapat flight berlainan dari partner. Dia dapat flight pukul 5 petang while saya dapat pukul 6.50 petang. Maka bermulalah kisah Afifah Nabilah naik flight ke Bangkok seorang diri. Bayangkan seorang yang tak pernah ke luar negara, tiba-tiba first time nak naik flight ke oversea seorang diri. Dengan tak tahu macam mana sistem nak masuk ke balai berlepas, macam mana nak buat inspection imigresen and etc. Serius pengalaman beb!

     Tambah pulak, hari kejadian tu tak pasal-pasal pulak demam. Wuu.. Nangis sensorang naik flight. Duk fikir nak balik dah masa tu. haha. Nasib baik masa nak naik flight tu ada sorang mamat ni. Rasanya either Chinese or Korean. Takde apa pun. Cuma sebab dia pun travel sensorang, kebetulan pulak seat kitorang sebelah-sebelah, rasa macam lega sikit sebab ada orang macam kita. And dia pun macam gaya tak berapa sihat gak. Haha. Time tu rasa macam Allah hantar seseorang untuk hilangkan rasa risau, gelisah dan tak senang dalam hati kut. At least dah tak fikir bukan-bukan macam takut flight terhempas tu sume (sebab masa tu flight MAS asyik terhempas je. Bimbang jugak kita).

Sempat lagi update kat instagram sebelum masuk flight

     Bila dah sampai kat Airport Suvarnabhumi, tak tau nak contact partner tu macam mana sebab takde nombor sana dan takde wifi. Last-last, decide nak gerak pergi hotel tu terus. Pergi kat information counter tanya kat mana nak naik teksi. Lepas dah dapat teksi, terus tunjuk dia alamat hotel (Mida City Resort). Then, dari airport Suvarnabhumi ke Mida City Resort (dekat area Pak Kret) tu agak jauh la jugak dan ada dalam 3 tol. Setiap tol kena bayar around 25 - 70 THB. Jumlah tambang (tanpa tol sebab tol dah bayar sendiri tadi) dalam 450-550 THB (dah lupa exact berapa).

Resit bayar tol

      Masa mula-mula sampai hotel tu memang rasa nak tidur sebab penat + demam. Jadi terbayang-bayang katil je. Hotel tu cantik sesangat! Hotel tiga bintang la katakan. 

Mida City Resort

     Training kami bermula pada 13hb, dan memandangkan kami ke sana pada 11hb, kiranya pada 12hb tu kami bebas untuk buat apa yang kami nak. Dan my partner beserta satu lagi keluarga yang datang bersama kami keluar pergi round Bangkok. Mereka pergi melawat Madame Mossaille wax museum and etc. But unfortunately for me, sebab demam, memang tak rasa nak pergi mana-mana. Jadi, rehat je la kat bilik tu sambil tengok tv. Oh ya! Kat Bangkok susah nak dapat makanan halal. Kalau ada pun, memang mahal. Jadi, saya dah siap awal-awal bawak bekal roti penuh satu beg. Memang plan nak makan roti je sepanjang kat Bangkok. Nak jimat punya pasal. Tragis betul. Haha.

Nampak tak bagasi tu? Haa.. dalam tu penuh bekalan makanan. haha

     Jadi, pada keesokan harinya, demam dah baik sikit tapi kali ni sakit lain pulak datang. Period pain! Bayangkan perasaan bila kena period pain hari first, mesti rasa macam tak nak pergi mana-mana dah. Tapi tak boleh la sebab hari tu dah start training. Lalu kugagahkan jua diri ni ke training. Sampai sana, memang rasa awesome giler! Tapi sakit tu tak hilang lagi. Tapi sambil-sambil sakit pun, banyak input baru belajar. Dan berjaya tempuh dua hari training tu tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah. 

26,000 Herbalifers dari seluruh Asia Pacific

Tak pernah sangka yang saya akan berada di sini

Tukar shake dengan Herbalifer dari Taiwan

Tukar shake Capuccino with Cookies and Cream

Sebelum gerak balik hotel last day training

Sangat-sangat berterima kasih dekat kedua-dua insan berjasa ni. You guys are the reason why I was there!

Sebelum masuk training hari last

Sebagai tanda I was here at that time

Bergambar dengan Ronaldo

Katanya takde lagi gambar bersama berlatar belakang Herbalifers

Proud to be Malaysian

Selfie sikit

Gambar first yang tak jadi. lol

Selfie sebelum start sesi kedua

Here I am. The only person yang pakai baju kurung kat situ.

You're my savior yaya!

Orang beratur nak masuk tandas. Giler panjang!

Pergi mana-mana pun memang tak pernah lupa bawak shake. My healthy breakfast!

      That concludes my post today. Sebab dah start busy buat preparation untuk next Extravaganza di Singapore, tu yang terasa nak throwback trip ke Bangkok tahun lepas. Tahun lepas saya pergi secara bidan terjun. Tanpa proper preparation. Korang yang pernah pergi travel secara mengejut mesti tau macam mana rasanya pergi travel secara mengejut. Bukan setakat emosi dan duit je yang terkejut. Badan pun terkejut sampai demam. Haha. Kalau nak tanya either cukup ke tak duit yang saya bawak tu? Haa.. jawab dia, tak cukup. Masa nak balik tu, partner yang tolong cover dulu duit teksi ke airport. Dah balik malaysia baru transfer balance kat dia dalam RM. Kira tak banyak keluar duit sebab saya tak belanja pun kat sana selain dari duit transport gerak pergi balik dari hotel ke Impact Challenger tu. Dan duit beli air mineral kat Seven Eleven. Duit makan dah tak keluar sebab dah bawak bekal makanan satu bagasi tu. Memang niat ke sana semata-mata nak belajar. Jadi, bajet duit pun cukup-cukup untuk tujuan belajar je la. Hehe.

      Terima kasih buat Coach Fatihah dan Coach Yaya atas bantuan kalian. Tanpa kalian, memang tak sampailah Afifah Nabilah ke Extravaganza Bangkok for the first time and ever. Moga next trip kita dipermudahkan urusan olehNya. Ameen. 


***************************************

INGIN TURUNKAN BERAT BADAN DAN TAMPIL KURUS SEBELUM RAYA 2016??
WHATSAPP 01119495947 (AFIFAH) SEKARANG!



Lots of Love,

 Coach Afifah
+6011-1949 5947
  afifahnabilah.safei@gmail.com
  Instagram: @afifahnbilah
  www.afifahnabilah.com

Afifah Nabilah

No comments:

Post a Comment

Please DO NOT post comments containing profanity, sexual terms, or other inappropriate content (including politics, cheats, hacks, and password scams)

Instagram