Pages

Great Wall of China



     
      "Ayie! Kau dengar tak apa aku cakap ni?!" Aduh! Sakitnya hati bila apa yang diceritakan langsung tidak dilayan. Ayie pandang muka Mad sekilas sebelum menyambung kembali pembacaannya. 

     "Kau ni Ayie. Selalu macam tu. Asal aku cerita apa-apa je kat kau, bukan nak tolong bagi pendapat ke apa ke. Macam cakap dengan dinding tau tak? Baik aku cakap dengan "dinding Muka Buku" lagi best." Rungut Mad. Geram.

     "Great Wall of China." Sahut Ayie ringkas. Penuh makna.

     Bukan dia tak nak bagi apa-apa pendapat. Bukan dia tak nak layan rungutan-rungutan dan luahan-luahan Mad. Tapi dia tak mampu nak cakap apa-apa lagi. Jika diberi pendapat, bimbang terasa pulak hati sahabatnya yang sorang tu. Nanti tak pasal-pasal tercetus perang dingin. Dia kenal sangat dengan sahabatnya itu. Pantang ditegur sikit, ada je yang tak kena nanti. Silap-silap haribulan, boleh putus ikatan persahabatan yang telah lama terjalin ni. Biarlah dia dilabel sebagai dinding daripada hilang sahabat. Dia akan cuba untuk tegur Mad sikit demi sikit secara halus. Kalau tak boleh jugak, mintak tolong Along je la tegurkan. hehe. Bisik hatinya.


     ********************************

     "Setiap masalah itu datangnya daripada Allah. Why not kita kembalikan semula masalah tersebut kepada Dia dengan cara berdoa dan mengadu kepadanya. Allah adalah sebaik-sebaik tempat mengadu. You already know that. Along percaya Ayie adalah seorang yang kuat. Along yakin Ayie mampu untuk hadapi semua ni. Setiap perancangan Allah tak pernah silap. Put your trust on Him and Insya Allah everything will be fine." Ujar Along kepada adiknya itu.

     Saat itu Ayie lemah. Dia kalah dengan permainan hati. Dia tak kuat untuk hadapi semua ini. Result final exam yang baru sahaja keluar itu menambahkan lagi tekanan yang sudah sedia ada. Hati mana tidak tergores apabila parent sendiri tidak percaya pada dirinya, meragui kemampuan dirinya. Ayie akui bahawa semua ini berpunca daripada kesilapan dirinya sendiri. Kalaulah dirinya serius dalam pelajaran, semua ni takkan terjadi dan dia takkan terdampar menangisi kekalahannya sendiri. Lalainya dia selama ni.

     "Haaa. Ayie pergi amik tafsir Al-quran jap. Bawak mai sini." Arah Along. Nak tak nak Ayie bangun dari silanya dan mengambil tafsir Al-Quran yang disusun elok di atas meja studynya. Setelah itu, dia kembali duduk bersila di hadapan Along.

     "Bukak Surah Al-Baqarah ayat 286. Lepas tu baca tafsirnya kuat-kuat. Along nak dengar." Arah Along lagi.
"Allah tidak membebankan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir"." (Al-Baqarah 2:186)

     Selepas baca makna tersebut baru Ayie faham kenapa Along suruh Ayie baca Ayat ni.

     "Selama ni, apa yang Along nampak,  bila ada masalah je Ayie akan update status luahan hati kat wall Facebook, Tweet itu ini, update moment WeChat, update status WhatsApp tapi Ayie lupa untuk update dekat Allah. Ayie lupa untuk mengadu pada Allah. Sedangkan tujuan ujian itu didatangkan adalah supaya Ayie dekatkan diri pada Allah. Time Ayie senang, Ayie lupa Allah, takkan time susah pun nak lupa Allah jugak? Ayie faham maksud Along kan? Kalau nak harapkan Ayie mengadu pada Allah time senang, Along rasa susah sebab Ayie takde apa-apa yang boleh diadukan. This is the right time for you to get closer to Allah." Jelas Along panjang lebar.

********************************

     “Ayie! Dari tadi lagi Pian tanya kau tu. Nak join tak kitorang pergi Mid ni? Kalau nak, dalam kul 2 nanti kita gerak.” Sergahan Mad mengejutkan Ayie dari lamunannya. Kata-kata Along masih lagi terngiang-ngiang di kepala. Sejak dari hari itu, Ayie cuba untuk mengubah cara dirinya hadapi masalah. No more facebooking or tweeting. Dia cuba untuk dekatkan diri kepada Allah. Maybe it is too late for that but it’s better late than never. Fikirnya.

     “Hurm.. Takpe la Pian. Aku rasa aku tak join korang kot. Petang ni aku ada usrah tarbiyyah kat masjid lepas asar. Tapi aku nak minta tolong kau belikan sesuatu untuk aku. Boleh tak Pian?” Balas Ayie.

     “Eh, bila masa pulak kau aktif berusrah ni Ayie?? Kau takde bagitau aku pun.” Sampuk Mad kehairanan. Bila pulak mamat ni join usrah? Dah buang tabiat ke apa? Ni mesti ada yang tak kena ni. Bisik hati Mad.

   “Sejak naik cuti hari tu. Macam mana aku nak bagitau kau kalau hari-hari balik kelas, kerja kau menghadap laptop je. Aku ada ke takde dalam bilik bukan kau perasan pun. Nama je roommate. Tapi masing-masing buat hal masing-masing. Tak gitu Pian?” Ayie menyindir Mad.

     “Eh, aku tak tau pape. Sorry bro. Aku balik bilik dulu la. Mad! Kau jangan lupa pulak. Pukul 2 tau! Jangan lambat. Aku tunggu kat bawah.” Pesan Pian sambil bergerak ke pintu bilik.

     “Okey boss!” Sahut Mad pendek sambil matanya mengiringi pergerakan Pian sampai la dia keluar dari bilik itu.

     “Hah Ayie! Dah kau ni kenapa pulak tetiba join usrah bagai? Dah buang tabiat ke apa?” Soal Mad ingin tahu.

     “Setiap orang boleh berubah la Mad. Mungkin ni time aku. Mana tau nanti dah sampai masa, kau pulak yang berubah.” Balas Ayie selamba. Dia menyambung kembali pembacaannya yang terganggu sejak kedatangan Pian tadi.


***************************

    “Ayie. Nah. Ni barang kau. Pian bagi tadi. Dia tanya aku kau nak buat apa dengan barang-barang ni semua?” Mad menghulurkan satu bungkusan plastik kepada Ayie. Ayie mengambilnya dan membelek-belek barangan tersebut. Bimbang jugak kalau-kalau ada yang tertinggal. Lagipun tadi dia bagi duit je kepada Mad untuk diberikan kepada Pian. List barang dia sms terus kepada Pian.

    “Habis tu kau cakap apa?” Soal Ayie. Dia masih lagi membelek-belek barang dalam plastik tadi. Dikeluarkan pulak satu-satu untuk memastikan tiada yang tertinggal.

     “Aku cakap je la tak tau. Kau suruh Pian beli apa pun aku tak tau. Lepas dia serahkan plastik tu kat aku baru aku tengok apa isinya. Kau nak buat apa dengan tafsir Al-Quran ni? Bukan ke kau dah ada eh? Dua pulak tu. Sketching book tu mungkin kau nak guna untuk melukis ke apa ke walaupun aku tau kau bukannya reti melukis. Tu balang kaca dengan memo pad tu untuk apa? Macam nak buat kraf tangan pun ada aku tengok kau ni. Pelik betul,” Jawab Mad panjang lebar. ‘Kawan aku ni.. takkan dah tak betul kot sejak join usrah tu.’ Bisik hati Mad lagi. Weirdo.

     “Ada la kerja aku. Nanti kau tau la.” Jawab Ayie sambil tersenyum. ‘Yes! Barang semua dah ada. So, besok dah boleh siap kot. Harap-harap semuanya berjalan lancar. Amin.’ Bisik hati Ayie.


****************************

     “Ayie! Mana kau?” Pagi itu Mad bangun lewat kerana kelasnya dibatalkan kerana lecturer cuti sakit. Bangun-bangun je Ayie takde kat atas katil. Pelik jugak. Nak kata Ayie ada kelas hari ni, kalau tak silap dirinya, Ayie memang takde kelas hari jumaat. Dijenguknya dalam tandas. Tiada. Eh, mana pulak budak ni pergi. Takkan la keluar tak bagitau. ‘Takpe la. Baik aku mandi dulu.’ Bisik hati Mad.

     Saat dirinya ingin mengambil tuala dalam almari, matanya menangkap kelibat sesuatu. ‘Apa ni?’ Bisiknya. Dia mengambil kotak tersebut bersama-sama dengan tualanya. Dia melabuhkan duduknya di sofa berdekatan. Lalu dibukanya kotak tersebut. “Eh, ni barang-barang yang Ayie beli semalam ni. Dah kenapa pulak ada dalam almari aku ni?” Mad kehairanan. Sedang dia membelek-belek isi dalam kotak tersebut, tiba-tiba sehelai kertas terjatuh dari dalam kotak tersebut. Diangkatnya kertas tersebut lalu dibacanya.

     Mad tidak dapat lagi menahan sebak di hati. Dia menangis teresak-esak membaca isi nota tersebut. ‘Ya Allah. Sememangnya Engkau telah kurniakan aku seorang sahabat yang sangat baik. Terima kasih Ayie kerana buat aku sedar betapa aku lalai selama ni. Terima kasih. Kaulah sahabat aku dunia akhirat.” Ucap Mad perlahan. Suaranya tenggelam dalam esak tangisnya sendiri. Dirinya tewas dengan satu ikatan yang dinamakan sebagai sahabat. Terima kasih sahabat.


click for a larger image


click for a larger image



The End
  _____________________________________________________

 “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman” (Al-Imran 3: 139)


“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk Tiada daya dan upaya kecuali atas pertolongan Allah semata” (Al-Baqarah 2: 45) 



.......................................
1409:11112013
when I feel miserable
I always forget
Allah gives test because He loves
a test makes me stronger
a test makes me grow up
a test gets me closer to Allah
then I started to love tests
because tests teach me life
AN

Afifah Nabilah

No comments:

Post a Comment

Please DO NOT post comments containing profanity, sexual terms, or other inappropriate content (including politics, cheats, hacks, and password scams)

Instagram