Pages

Bestfriend Forever Kah Kita?


Assalamualaikum..

     Today's post is a little bit sentimental. But no harm intended.  Cuma untuk melegakan hati yang sedikit keresahan dek dosa yang bertambah-tambah apatah lagi pada hari raya ni. Ye la. Mana tak bertambahnya bila jumpa saudara-mara, sahabat-handai, mulalah bergosip itu dan ini. Astaghfirullah. Lalainya aku. Okep. Back to our topik. "Best Friend Forever Kah Kita?". Sebenarnya post ini lebih kepada meminta pendapat berbanding memberi pendapat. The story begins...

     Aku ada seorang sahabat lelaki, L (bukan nama sebenar). L adalah seorang lelaki yang baik n dia sebenarnya adalah seorang yang pendiam dan kurang mesra. Aku mula kenal L pada tahun 2007 (satu sekolah dan satu kelas) tapi aku mula bercakap dengannya pada akhir tahun 2009 (kerana sekolah kami membatas perhubungan lelaki dan perempuan dan dia bukan seorang yang agak peramah yang rapat dengan perempuan). Kami berhubung pun kerana sahabat perempuan aku, M (mereka saling berhubung dan saling menyukai). Sejak dari tu, aku selalu berhubung dengan dia dan mostly sebab berhubung tu adalah untuk berbincang tentang apa-apa masalah dan perjalanan kisah cinta mereka berdua (L dan M).

     Ketika itu, aku dan L hanyalah bersahabat kerana L perlukan nasihat dan bantuan aku untuk kisah cintanya (kalau takde apa-apa masalah, kami tak berhubung n lost contact. He will find me only when he needs me). Hubungan tersebut berterusan sehingga tahun 2011. Pada tahun 2012, Kami bergaduh besar. And starting from that, hubungan kami mula rapat as a friend (bukan kerana kaunseling cinta seperti sebelum ni). Tapi still, rapat-rapat pun kami, I'll not ask him for advice because asking him just like I'm asking the wall. No response is given.

     We always go out together and of course with the presence of our other friends. My mom knows about him and he always come to my home and I also always go to his home (of course because of some occasions and reasons.) Tapi kadang-kadang terfikir jugak aku. Kami ni sebenarnya berada dalam kategori mana? Bestfriend or just a simple friend? Nak kata bestfriend, macam tak logik. Nak kata kawan biasa, macam tak macam kawan biasa.

Nak tau kenapa aku cakap macam tu? baiklah. Berikut adalah point-point nya:

1) Dia lupa nama full aku dan ingat-ingat lupa tarikh birthday aku (tak tau la kalau sekarang dah ingat sebab sepanjang 4 tahun kami berkawan, 4 tahun tu jugak la aku ingatkan dia. huhu)

2) Aku sayang dia sangat-sangat (as a friend yg rapat ngan kita la) tapi tak tau sama ada dia sayang aku atau tak. (nampak gaya mcam tak je (_ _") )

3) Bila aku ceritakan masalah aku kat dia, dia buat tak tau je. Tak pon dia bagi je apa-apa pendapat yang tak munasabah dan langsung tak membantu. Kadang-kadang dikutuknya lagi aku ni.

4) Dia selalu minta pendapat aku bila dia ada masalah dan aku selalu tolong dia fikir penyelesaian. (Tiket balik kampung untuk raya hari tu pun aku yang kena fikir dan ikhtiar cari tiket)

5) Sometimes, perangai dia macam budak kecik, terlebih manja. Sampai nampak macam aku ni mak, dia anak.

6) Kami tak pernah declare yang kami kawan baik. And dia tak pernah pun mengaku depan aku yang aku ni kawan dia.

7) Satu je yang bagus pasal dia, asal aku suruh dia buat apa-apa je, dia buat dengan rela hati. tak perlu paksa-paksa. Maybe sebab aku selalu penuhi permintaan dia kot. kira balas budi la tu kot.

8) Bila dia start rapat dengan kawan perempuan yang lain, aku jealous. Aku bukanlah jenis yang pandai berkata-kata, bukan jugak jenis yang pandai buat orang suka dengan sikap aku. Jadi, bila dia mula rapat dengan orang lain, of course aku rasa tersisih. Aku tak nak hubungan kami terhenti setakat ni je. That's not what "Friend" means.

      Tak tau nak cakap macam mana. Kadang-kadang aku tertanya sendiri. Kawan baikkah aku dengan dia ni? Aku akui, he's my bestfriend but, siapa aku pada dia? Kawan baik jugak ke? Sebab tu aku tak mengaku apa-apa pun pasal ni. Aku sebenarnya tak naklah meng"complicated"kan otak aku ni.  Dah la tengah-tengah best cuti raya ni. Tapi, sebanyak mana pun aku cuba ignore, aku tetap jugak terfikir. Kita ni bestfriend ke kawan biasa sebenarnya?  Haih. Masih tak terjawab soalan tu. Apa pun, Aku nak cakap, no matter who I'm to you, you're always will be my friend, forever because I made that promise. remember? (of kos hang tak ingat. mana ada aku janji nak sehidup semati ngan hang. nak mati, p mati sensorang. xyah ajak aku.) Peace no war. If siapa-siapa nak bagi pendapat, jangan malu-malu, jangan segan-segan, please drop your comment below dan tolong jawab soalannya sekali ek. hehe. :)

(Situasi lepas kena dump)
Aku: Susahkan nak terima kenyataan yang org yang kita sayang tak sayang kita. Pahitnya sebuah kenyataan. :'(
L: Betul2. Jom bunuh diri.
Aku: Kepala hotak hang. Nak mati, p mati sorang2. Tak payah ajak aku. Aku masih ada iman~~

L: Nanti iftar kat umah kau tu aku tak join kalau si H ada.
Aku: awat lak?
L: Aku takut.
Aku: Laa.. gaduh lagi ke ngan dia?
L: Biar la. Tapi aku tak nak p lau dia ada. Atas kau ah. Kau nak dia p ke aku yang p. Salah sorang je boleh
Aku:.........
(Last-last kau mai jugak walaupun si H ada. Haih. Macam-macam)

P/s: to L, if you happened to read this post (walaupun aku tau kau takkan baca sebab kau malas nak baca)... tolong jawab soalan aku tu ek. jangan lagi kau biarkan aku tertanya-tanya dan confused. Bukan apa. letih tau berfikir. Kesian kat aku ni. Dah la ada migrain. T.T Just kidding. Kbai.


"O mankind, indeed We have created you from male and female and made you peoples and tribes that you may know one another. Indeed, the most noble of you in the sight of Allah is the most righteous of you. Indeed, Allah is Knowing and Acquainted." (Al-Hujurat 49:13)

Afifah Nabilah

No comments:

Post a Comment

Please DO NOT post comments containing profanity, sexual terms, or other inappropriate content (including politics, cheats, hacks, and password scams)

Instagram